Assalamualaikum..
Seperti semua tahu, beberapa hari yang lalu berlangsungnya Hari Belia Negara yang bertempat di Putrajaya. Pelbagai aktiviti terdapat di karnival itu. Namun terdapat pelbagai pendapat mengenai acara itu. Tak kurang juga yang mengecam aktiviti di karnival itu yang turut mengadakan persembahan k-pop dan lain-lain. Bukan itu sahaja, aktivit ini juga dikecam berikutan berlakunya kemalangan ketika pertunjukan drag-racer sekitar jamm 12.30a.m - 2.00a.m.. Dipercayai beberapa orang awam cedera parah. Orang awam rata-ratanya mempersoalkan keselamatan orang awam yang tidak diutamakan. Berikutan insiden itu, beberapa acara motosikal juga dibatalkan. Ada yang menerima aktiviti ini dengan baik dan ada juga yang mengecam aktiviti karnival ini. Namun begitu, kita perlulah bijak dalam memilih di mana yang baik itu kita jadikan contoh dan yang tak baik itu jadikan tauladan. Terpulang kepada diri individu tersebut bagaimana untuk menerimanya. Think wisely!


